Cendawan Naning
Assalamualaikum..
Setakat ini tiada perkembangan terbaru tentang family saya...Cuma anak sulung aje yang akan berhenti kerja di Cendawan Naning untuk melanjutkan pelajarannya ke Politeknik Kota Melaka pada awal bulan Julai nanti... dapatlah dia sedikit sebanyak ilmu dan pengalaman bekerja dalam bidang pertanian ini. Nampak gayanya macam berminat juga dia dalam projek cendawan ini.
Ini bangsal Cendawan Naning yang ke 3 untuk proses peram dan suntik. Ia berbumbungkan zink. Ukurannya 20'x30'. Terletak bersebelahan dengan bangsal 2.
Bangsal 2 & 3...gambar diambil dari bahagian depan..
Inilah bongkah2 yang diperam di dalam bangsal 3.
Ini pula bangsal production untuk penyediaan bongkah. Bangsal ini terletak bersebelahan dengan bangsal 1 (sulung). Kami juga menempatkan mixer di dalam bangsal ini. Mixer ini digunakan untuk penyediaan bahan media iaitu campuran habuk kayu getah, dedak, kapur dan air. Muatan mixer ini lebih kurang 100kg habuk kayu.
No comments:
Post a Comment