address

Cendawan Naning,
KM 33, Jalan Dato Othman,
Kg. Taboh Naning,
78000 Alor Gajah,
Melaka

Tuesday, August 11, 2009

Rakan dari WHB

Cendawan Naning
Assalamualaikum.

Pada 20 Jun 2009 lepas Cendawan Naning telah dikunjungi oleh seorang rakan dari Worldwide Holdings Bhd bersama dengan hubbynya. Seronok dapat bertemu dengan Diana and hubby. Kami juga sempat merakam gambar mereka.

Ni gambar Diana dalam bangsal 2 sedang memetik cendawan...Kalau dah ke ladang cendawan, mestilah nak cuba petik sendiri kan...siap posing tu..dah boleh jadi tokey cendawan ni..



Gambar Diana sedang menikmati buah durian Taboh Naning...sedap Diana??? Hubbynya jamah sebiji aje..takut..kan manis..



Diana & hubby dah ready nak meneruskan perjalanan....lupa pulak kemana destinasi dia seterusnya... tata Diana and be carefull yer..Nanti datang lagi ok..

Tuesday, August 04, 2009

kawan dari WHB




Mereka ni suami isteri yang datang melawat ke ladang zita's farm . Yang ni kawan sewaktu kerja kat WHB dulu sebelum buat bisnes cendawan .

Sunday, August 02, 2009

Steamer

Cendawan Naning

Assalamualaikum...

Ini adalah steamer yang digunakan untuk mengukus beg cendawan.Steamer ni boleh memuatkan lebih kurang 850 beg. Kami menggunakan dapur gas untuk proses pengukusan. Di permulaan projek cendawan ini kami menggunakan tong drum dan kayu api untuk proses pengukusan. Sebuah tong drum boleh memuatkan hanya 80 beg cendawan.

Wednesday, July 22, 2009

Wednesday, July 08, 2009

Pembikinan bangsal 4

Cendawan Naning

Salam...My son dah pun masuk ke Politeknik Kota Melaka last Sunday..>tak jauh pun dari rumah..it's about 25km from Taboh Naning..Dah hilang seorang pekerja yang boleh dikatakan rajin dan tekun apabila membuat sesuatu kerja di Cendawan Naning..Keep it up son and do better in future..So Cendawan Naning sedang mencari seorang pekerja untuk mengisi kekosongan jawatan ini ..hehehe..cam real aje..


Perkembangan terbaru tentang Cendawan Naning ialah Bangsal 4 yang sedang dalam proses pembikinan. Bangsal ini terletak bersebelahan (kanan) dengan bangsal sulung Cendawan Naning. Ukuran paling besar setakat ini di Cendawan Naning iaitu 35' x 45' yang boleh memuatkan lebihkurang 35k beg media. Selesai aje bangsal ini didirikan kami akan mula bekerja semula untuk pengeluaran beg media yang telah lama dihentikan. Gambar akan kami paparkan next time sebab belum berkesempatan untuk shoot lagi. Sekian..

Thursday, June 11, 2009

Bangsal 3 Cendawan Naning

Cendawan Naning

Assalamualaikum..

Setakat ini tiada perkembangan terbaru tentang family saya...Cuma anak sulung aje yang akan berhenti kerja di Cendawan Naning untuk melanjutkan pelajarannya ke Politeknik Kota Melaka pada awal bulan Julai nanti... dapatlah dia sedikit sebanyak ilmu dan pengalaman bekerja dalam bidang pertanian ini. Nampak gayanya macam berminat juga dia dalam projek cendawan ini.

Ini bangsal Cendawan Naning yang ke 3 untuk proses peram dan suntik. Ia berbumbungkan zink. Ukurannya 20'x30'. Terletak bersebelahan dengan bangsal 2.



Bangsal 2 & 3...gambar diambil dari bahagian depan..




Inilah bongkah2 yang diperam di dalam bangsal 3.




Ini pula bangsal production untuk penyediaan bongkah. Bangsal ini terletak bersebelahan dengan bangsal 1 (sulung). Kami juga menempatkan mixer di dalam bangsal ini. Mixer ini digunakan untuk penyediaan bahan media iaitu campuran habuk kayu getah, dedak, kapur dan air. Muatan mixer ini lebih kurang 100kg habuk kayu.

Bangsal 3 Cendawan Naning


Cendawan Naning

Assalamualaikum..

Nak masuk sebulan jugak tak update blog ni...kadang2 kene tengok mood juga nak update blog...bila masa mood ada, masa pulak tak mengizinkan...Sekarang ni keadaan cuaca panas terik dan tak hujan. Langit selalu juga mendung tapi sekejap bertukar menjadi panas terik. Apabila cuaca begini bangsal kenalah kerap disiram air di lantai dan juga di atas atap.

Ni adalah bangsal Cendawan Naning yang ke 3 yang berbumbungkan zink. Terletak bersebelahan dengan bangsal 2. Bangsal ini adalah untuk proses penyuntikan benih dan pemeraman. Ukurannya 20' x 30'.







Ini lah bongkah2 yg sedang diperam di dalam bangsal 3



Thursday, May 14, 2009

operasi

Cendawan Naning

Diam tak diam sebulan lebih dah tak update blog cendawan naning ni...mula2 saya nak bercerita tentang family saya..nampaknya anak2 dah semakin "cool" duduk kat kg. Masing2 dah tak merungut lagi pindah di sini. Semua duty harian alhamdulillah berjalan dengan lancar. Hari tu saya dah dapat helper untuk bekerja di rumah saya from 8am - 1pm bagi menguruskan hal rumah seperti memasak, sidai baju dan mengemas rumah tapi baru 2 hari kerja dah tak dapat dtg sebab anak2 tiada siapa nak jaga...tapi takpe lah setakat ni belum desperate sangat nak kan helper.

Ok now tentang my cendawan naning. Sekarang ni operasi membuat beg media telah dihentikan buat sementara sebab semua bangsal2 sudah dipenuhi beg2 cendawan. Setakat ni kami mempunyai lebih kurang 50k beg cendawan.... Ni adalah bangsal Cendawan Naning yang kedua berukuran 35' x 40' dikenali dgn nama bangsal 2.





Bangsal 2 yang sudah dipenuhi dengan beg cendawan. Memang seronok bila dah nampak macam ni tau...



Lagi rasa seronok bila dah mula keluar hasilnya...hilang segala penat ..macam penat..ngeeeeee



Ok nanti saya sambung lagi di lain masa...memang masih belum habis cerita lagi cuma tak sempat...chow

Wednesday, April 08, 2009

Pindah ke Melaka

Cendawan Naning

Assalamualaikum...

Pada pertengahan bulan March lepas kami sekeluarga telah berpindah ke Melaka. Semua arrangement perpindahan sekolah anak2 berjalan lancar...Syukur Alhamudillah..Anak2 pun telah menjalani hari persekolahan di sekolah baru selepas naik cuti penggal pertama iaitu pada 23 Mar 2009. Ada aje yang tak kena dengan sekolah baru mereka...maklumlah belum dapat kenali rakan2 yg lain..mulalah mereka buat comparison dengan sekolah lama..tapi itu perkara biasalah...sekarang nampaknya mereka dah mula happy bersekolah . Agaknya dah dapat kawanlah tu...Ok lah kita tinggalkan kisah anak2 saya, kita bercerita pula tentang perkembangan Cendawan Naning.

Bangsal baru Cendawan Naning telah dipenuhi bongkah cendawan. Sorry.. belum sempat nak shoot photo nya. Insyaallah hujung minggu ni kami akan cuba sedaya upaya untuk mengambil gambar. Dalam perancangan kami, kami akan mula harvest pada pertengahan bulan April ini iaitu pada 15 hb...Mudah2an result nya mencapai apa yang kami plan kan. Tentang penyakit pula memanglah ada...penyakit oren, hijau dan hitam...yang paling banyak penyakit hijau...tapi setakat ini masih dapat dikawal...Kami juga nak sediakan 2 rak untuk clinic...sbb ada sesetengah yang berpenyakit tu masih boleh mengeluarkan hasil tapi kita kena rajin pantau..

Ok ..choa dulu

Thursday, February 05, 2009

Kenang-kenangan




































Assalamualaikum..

Sebelum kami paparkan gambar2 terbaru Cendawan Naning, kami nak berkongsi gambar kenangan bersama anda semua tentang pengalaman kami semasa mula2 membuat projek ini. Sedikit info tentang latarbelakang projek ini. Cendawan Naning bermula dengan sebuah bangsal berukuran 20'x40' (boleh memuatkan 10,000 beg media) yang didirikan pada awal tahun lepas...kemudian mula beroperasi pada Mac 2008 dengan pengisian beg media (yang dipesan dari supplier) kurang 5,000 unit. So, pada masa inilah kita boleh lihat bagaimana pasaran di kawasan kami ini. Dan setelah hampir habis tempoh pengeluaran daripada beg ini, kami mula membuat sendiri. Hasilnya beg kami berjaya mengeluarkan cendawan. Dengan permintaan yang tinggi dan beg media kami berjaya mengeluarkan hasil, kami mula fokus untuk melangkah ke depan untuk mengembang projek ini. Tapi belum besar mana pun. Yang penting maju selangkah ke depan lama-lama Insyaallah...bersama kita teruskan usaha ini..














Wednesday, January 21, 2009

pembinaan bangsal

Assalamualaikum..

Alhamdulillah...perancangan untuk membina bangsal tuai yg kedua, bangsal peram dan bangsal production telah dikabulkan oleh ALLAH...semuanya berjalan baik walaupun tidak mencapai timing yang dihajatkan. Pembinaan bermula pada awal Dec 08. Bangsal production telah siap sepenuhnya. Bangsal tuai sepatutnya completed sepenuhnya by now. Bangsal peram pula telah dinaikkan cuma untuk membina rak nya saja. Kami target by end of Feb 09 semuanya beres. Hopefully gambar sempat diambil by this weekend.

Steamer dan mixer telah selamat berada di lokasi projek. Mixer telah ditempatkan di dalam bangsal production. Begitu juga dengan steamer kami tempatkan bersebelahan dengan bangsal projek.

Kami sekeluarga Insyaallah akan berpindah ke kampung awal Mac 09. Dapatlah memberi perhatian sepenuhnya pada projek ini. Pekerja kami pula Insyaallah akan mula bekerja pada awal Feb 09. Semoga usaha kami ini beroleh keberkatan dariNYA.

Bangsal Sulong-Cendawan Naning

Bangsal Sulong-Cendawan Naning
didirikan pada bulan Feb 2008